Business

Bengkel Lensa Edu-Perak 2.0 Peringkat Negeri Perak 2024

Pada 3 Julai 2024, pegawai PKG Bagan Datuk terlibat mengiringi murid TVPSS daripada SK Bagan Datoh dan SMK Seri Muara. Guru yang mewakili SK Bagan Datoh adalah Cikgu Fatin Nabila dan Cikgu Robiah mewakili SMK Seri Muara untuk menyertai Bengkel Lensa Edu-Perak 2.0 Peringkat Negeri Perak 2024. Guru dan murid bertolak daripada PPD Bagan Datuk pada pukul 6.30 pagi dan tiba di Kompas International College, Ipoh Garden pada pukul 8.30 pagi.

Antara pengisian bengkel adalah Tatacara Pembangunan Kru TVPSS, Penghasilan Filem Pendek, dan Electronic Gathering News. Bengkel berakhir pada pukul 3.00 petang. Bertolak pulang ke PPD dan tiba pada pukul 5.00 petang.

Mesyuarat Jawatankuasa PSS Zon PKG Bagan Datuk 2024

Pada 2 Julai 2024 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa PSS Sekolah Zon PKG Bagan Datuk 2024. Antara agenda yang dibentangkan adalah

  1. Lantikan Jawatankuasa Kluster PSS
  2. Taklimat USTP yang mengandungi perkara berikut
    • Jawatankuasa PSTP
    • AINS
    • Surat Khabar PKB
    • Perak-Drift
    • Instrumen PSS
  3. Hal-hal lain yang turut membincangkan berkaitan Hari Terbuka PKG Bagan Datuk dan aktiviti yang akan dilaksanakan dalam tahun 2024
Mesyuarat Jawatankuasa Digital Sek. Zon PKG Bagan Datuk 2024

Pada 1 Julai 2024, Pegawai PKG Bagan Datuk telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Digital Sekolah Zon PKG Bagan Datuk 2024. Ahli mesyuarat terdiri daripada Guru Penyelaras ICT sekolah zon PKG Bagan Datuk. Antara agenda yang dibentangkan adalah.

  1. Lantikan Jawatankuasa
  2. Taklimat USTP
    • Maklumat CoE Terkini
    • Pendigital Sekolah
    • PERAK-DRIFT
    • Pelantar DELIMa
    • Aktiviti 2024
  3. Hal-hal lain termasuk perbincangan tentang Hari Terbuka PKG Bagan Datuk

Follow Us

Langgan e-Buletin Kami
Langgan e-Buletin Kami

Maklumat berkaitan PKG Bagan Datuk terus ke email anda.

Please fill the required field.

Undian Pelawat

Adakah Dashboard DELIMa membantu anda?

Pautan Pantas

© 2024 PKGBD. Hak Cipta Terpelihara.Design & Development by Joomshaper

Search